PENGENALAN
- Dengan sistem catatan bergu, setiap urusniaga harus dicatat sebanyak dua kali, iaitu satu akaun didebitkan dan satu lagi harus dikreditkan.
- Jika setiap catatan debit mempunyai catatan kredit yang sama, maka Imbangan Duga akan seimbang.
- Imbangan Duga disediakan untuk menyemak ketepatan catatan bergu dan pengiraan dalam Lejar.
- Sekiranya Imbangan Duga tidak seimbang, sudah pasti terdapat kesilapan telah berlaku.
- Terdapat 2 jenis kesilapan dalam Imbangan Duga, iaitu Kesilapan Ketara dan Kesilapan tidak ketara.
A) KESILAPAN KETARA DALAM IMBANGAN DUGA
- berlaku apabila jumlah debit dan kredit Imbangan Duga tidak seimbang.
- Jenis-jenis kesilapan ketara adalah seperti berikut:
1) Kesilapan Dalam Imbangan Duga
- Baki sesuatu akaun disenaraikan di sebelah yang salah dalam Imbangan Duga. Contohnya, satu baki debit telah tercatat di sebelah kredit atau sebaliknya.
- Baki sesuatu akaun tidak dimasukkan dalam Imbangan Duga.
- Imbangan Duga tersalah jumlah. Jumlah debit dikira dengan betul, manakala jumlah kredit dikira dengan salah atau sebaliknya.
2) Kesilapan Ketinggalan Satu Catatan
(i) Kesilapan dalam Jurnal
1) Kesilapan Ketinggalan Satu Urus Niaga- Catatan bergu tidak lengkap. Terdapat ketinggalan catatan debit atau kredit bagi sesuatu urus niaga.
- Catatan bergu tidak tepat. Amaun yang didebitkan tidak sama dengan amaun yang dikreditkan.
- kedua-dua akaun yang terlibat dicatatkan disebelah yang sama.
(i) Kesilapan dalam Jurnal
- jumlah dalam jurnal tersilap kira dan dibukukan dalam lejar.
- Jumlah dan baki Buku Tunai tersilap kira dan akan memberi kesan pada Imbangan Duga.
- Jumlah dan baki akaun-akaun dalam lejar tersilap kira dan ini akan memberi kesan pada Imbangan Duga.
B) KESILAPAN TIDAK KETARA DALAM IMBANGAN DUGA
- Walaupun Imbangan Duga seimbang, ini tidak bermakna semua catatan dalam akaun adalah betul kerana mungkin terdapat kesilapan yang tidak ditunjukkan oleh Imbangan Duga.
- Ini bermaksud kesilapan itu tidak menjejaskan Imbangan Duga.
- Jenis-jenis kesilapan tidak ketara adalah seperti berikut:
- Urus niaga tidak direkodkan dalam mana-mana buku.
2) Kesilapan Prinsip
- Urus niaga telah direkodkan mengikut peraturan catatan bergu tetapi catatan debit dan kredit dicatatkan ke dalam akaun yang salah.
3) Kesilapan Amaun
- Kesilapan berlaku apabila amaun yang salah dicatatkan di kedua-dua belah debit dan kredit akaun. Biasanya kesilapan amaun telah direkodkan dalam Buku Catatan Pertama dan diposkan ke lejar.
4) Kesilapan Saling Mengimbangi
- Berlaku apabila satu kesilapan di sebelah debit diimbangi oleh kesilapan yang sama amaunnya di sebelah kredit.
- Contohnya, satu kesilapan telah menyebabkan jumlah debit terlebih RM50. Kemudian, satu lagi kesilapan yang lain menjadikan jumlah debit terkurang RM50 atau jumlah kredit terlebih RM50.
5) Kesilapan Songsan/Terbalik
- Catatan direkodkan dalam akaun yang betul, tetapi peraturan bergu dicatatkan di sebelah yang salah.
6) Kesilapan Komisen
- Biasanya berlaku dalam akaun penghutang dan pemiutang.
- Catatan dalam lejar direkod di sebelah yang betul tetapi dalam akaun yang salah.
C) CARA MEMBETULKAN KESILAPAN SEBELUM AKAUN PENAMAT
1) Membetulkan Kesilapan Ketara
- kesilapan jenis ini hanya melibatkan satu akaun.
- cara membetulkannya hanyalah dengan membatalkan angka yang salah dan turunkan tandatangan ringkas di sebelahnya.
2) Membetulkan Kesilapan Tidak Ketara
- kesilapan jenis ini biasanya melibatkan 2 akaun.
- maka catatan jurnal digunakan untuk membetulkannya.
D) LANGKAH-LANGKAH MENGESAN KESILAPAN
- Ketidakseimbangan Imbangan Duga mungkin terjadi oleh satu atau lebih kesilapan yang berlaku di Imbangan Duga, lejar atau jurnal.
- Ikutilah langkah-langkah berikut untuk mengesan kesilapan yang berlaku.
Langkah 1 : Semak dan pastikan catatan debit dan kredit dalam Imbangan Duga adalah
betul.
betul.
Langkah 2 :. Kirakan perbezaan di antara jumlah debit dengan jumlah kredit dalam
Imbangan Duga. Jika berlaku perbezaan misalnya RM100, semak semua
akaun lejar untuk mengesan jumlah RM100 yang tertinggal itu.
Imbangan Duga. Jika berlaku perbezaan misalnya RM100, semak semua
akaun lejar untuk mengesan jumlah RM100 yang tertinggal itu.
Langkah 3 : Bahagikan amaun perbezaan itu dengan 2. Cari jumlahnya dalam Imbangan
Duga. Kemungkinan jumlah ini telah tersalah catat: sepatutnya di sebelah debit,
tetapi dicatatkan di sebelah kredit dan begitulah sebaliknya.
Duga. Kemungkinan jumlah ini telah tersalah catat: sepatutnya di sebelah debit,
tetapi dicatatkan di sebelah kredit dan begitulah sebaliknya.
Langkah 4 : Semak semula pengiraan dan baki dalam lejar. Jika salah betulkan lejar dan
Imbangan Duga.
Imbangan Duga.
Langkah 5 : Semak semula pengeposan dari Buku Catatan pertama ke lejar. Jika salah,
betulkan jurnal, lejar dan Imbangan Duga.
betulkan jurnal, lejar dan Imbangan Duga.
Langkah 6 : Semak semula catatan dan pengiraan dalam Buku Catatan Pertama dan Buku
Tunai. Jika salah betulkan Jurnal, lejar, dan Imbangan Duga.
Tunai. Jika salah betulkan Jurnal, lejar, dan Imbangan Duga.